Saturday, June 19, 2010

Terus Menulis

Saya baru perasan yang saya telah lama tidak menulis di blog saya. Bila disemak, kali terakhir saya menulis adalah pada bulan February 2009. Kenapa lama sangat saya tidak menulis?
Saya sendiripun tidak pasti kenapa. Mungkin kesibukan tugas harian membataskan waktu untuk menulis.

Naahhh. Sebenarnya tidak ada disiplin diri dan tidak ada motivasi sendiri untuk menulis adalah penyebab utama. Kenapa? Salah satu sebabnya ialah kerana minda yang kurang bercambah dan berfikir.

Kewujudan laman-laman social seperti facebook menukar cara kita berfikir dan berinteraksi. Satu yang menjadi perhatian saya ialah kita tidak lagi mahu mengambil masa untuk berfikir dan meluahkan fikiran secara tersusun. Tetapi apa yang berlaku corak berfikir yang disebabkan oleh idea dari fikiran ringkas orang lain. Hasilnya minda kita tidak diransang melalui pemerhatian dan pemikiran kita sendiri. Sebaliknya kita lebih terarah untuk memberikan response singkat kepada pendapat orang lain dan seterusnya terlibat dalam process meluahkan pendapat secara singkat dan menunggu reaksi orang lain terhadap pendapat yang diluahkan.

Banyaknya program-program audio video yang ada juga menyebabkan kita kurang membaca dan menulis.
Sekarang kita lebih memberikan tumpuan dengan melihat dan mendengar dan bukan lagi mencari waktu untuk duduk menyendiri dan membaca. Jika diperhatikan, ramai ahli ilmuan dan cendikian silam dan waktu kini yang sebenarnya banyak menghasilkan bahan-bahan tulisan dengan melapangkan masa, mengosongkan fikiran dan terlibat dalam process berfikir yang mendalam dan panjang. Bahkan, banyak penyelesaian, penemuan idea baru dan penciptaan dilakukan dengan melalui process ini.

Corak hidup yang terlalu pantas, kelam kabut dan memberikan tekanan, juga merupakan faktor semua ini berlaku. Kita sudah tidak ada masa untuk diri sendiri. Segalanya bergerak pantas. Tidak ada lagi yang boleh bergerak dengan keadaan tenang. Segala-galanya perlu mengambil masa yang singkat.
Kita tidak ada lagi masa untuk membaca surat khabar. Segalanya melalui on-line dan dilakukan di tempat-tempat seperti cafe, melalui taliphone bimbit dari mana-mana lokasi. Bukannya di sudut senyap di anjung rumah, atau di tepi taman sambil dibuai oleh angin sepoi-sepoi bahasa yang mengasyikkan yang memberikan banyak ilham dan mencambahkan buah fikiran baru.

Mungkin sudah tiba masanya untuk kita mencari sedikit waktu untuk diri kita sendiri, untuk kita mula memikirkan dalam-dalam tentang apa yang berlaku di sekeliling kita. Mungkin kita perlu untuk merehatkan minda kita seketika, membiarkan waktu berlalu dengan perlahan, berfikir dan merenung sejenak. Mungkin kita perlu membiarkan minda kita untuk menulis apa saja di benak fikiran kita supaya ianya terpahat di minda kita, tanpa perlu pena, kertas, laman sosial dan blog seperti ini.

Monday, February 16, 2009

Kebenaran dan kemelut di Perak

Sebagai orang biasa kita memang bingung dengan apa yang berlaku di Perak. Reaksi pertama kita, seperti juga mereka yang lain, ialah merasa marah dengan Dato’ Nizar yang tidak mahu melepaskan jawatan Menteri Besar Perak setelah diminta berbuat demikian oleh DYMM Sultan Perak. Tambah marah apabila dengan terang-terang Nizar “Memohon sembah derhaka” kepada DYMM Sultan Perak.

Kebenaran hanya boleh didapati melalui ilmu dan fakta. Mendapatkan fakta bermakna kita perlu membaca dari semua sumber yang ada dengan hati yang terbuka – “Zero mind”- dan tanpa prasangka. Di sini TE ingin berkongsi fakta dan pendapat.
Mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri Dato’ Seri Nizar hanya boleh disingkirkan sekiranya berlaku
1) Pembubaran Dewan Undangan Negeri
2) Undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri
3) Perletakan jawatan secara sukarela


Tidak ada cara lain yang membolehkan beliau disingkirkan, tidak dengan pemecatan dari Sultan Perak.

Malahan sebenarnya apa yang berlaku di Negeri Perak sekarang ini juga pernah berlaku sebelum ini dibawah UMNO sendiri bila Tan Sri Ghazali Jawi tidak mahu meletakkan jawatan apabila dititahkan oleh DYMM Sultan Idris sehingga menyebabkan DYMM Sultan bernazar tidak mahu mencukur janggut dan jambangnya selagi beliau tidak meletakkan jawatan. DYMM Sultan murka dan tidak berkenan dengan Tan Sri Ghazali yang didapati melakukan rasuah. DYMM melaksanakan nazarnya sehingalah Tan Sri Ghazali Jawi meletakkan jawatan pada tahun 1977 setelah dinasihatkan oleh Tun Hussein Onn. Tan Sri Ghazali Jawi adalah ayah kepada Dato Tajul Rosli. Cubalah lakukanlah carian di Internet atau baca fakta ini dari biografi Tan Sri Ishak Tadin.

TE adalah salah seorang yang menjunjung tinggi kedudukan Raja-Raja Melayu. TE menghormati dan TE tidak akan sekali-kali menderhaka kepada Raja-Raja Melayu. Tetapi kebenaran adalah perkara yang tidak boleh disangkal atau ditidakkan, walau dengan cara apa sekalipun. Malahan Kebenaran itu perlu di iakan walau siapapun yang membawanya, Islam ataupun bukan Islam. Sebenarnya kebenaran itu mudah diterima dan kebathilanlah yang sebenarnya secara fitrah sukar kita terima.

Benarlah apa yang dilakukan oleh Dato’ Nizar. Perbuatan Dato’ Nizar memohon “Sembah derhaka” bukannya pertama kali berlaku, Untuk menegakkan keadilan Bendahara Melaka dahulu melakukan “Sembah derhaka” kepada Sultan dengan tidak membunuh Hang Tuah. Bahkan Jebat sendiri sebenarnya wira yang melakukan “Sembah derhaka” untuk membela Hang Tuah yang tidak berdosa. Sebenarnya sejarah mengajar kita yang “Sembah derhaka” adalah permohonan yang dilakukan dengan penuh penghormatan oleh Dato’ Nizar kebawah Duli Tuanku Sultan Perak menggunakan bahasa melayu lama yang telahpun diucapkan oleh pahlawan dan negarawan dahulu kala untuk menyatakan kebenaran.

Firman Allah dalam Surah An Nissak Ayat 58-59. “Sesungguhnya Allah menyuruhmu supaya kamu membayarkan amanat kepada yang empunya, dan apabila kamu menghukum antara manusia, hendaklah kamu hukum dengan keadilan. Sesungguhnya Allah sebaik-baik mengajar kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha melihat. Hai orang-orang yang beriman, ikutlah Allah dan ikutlah RasulNya dan orang-orang yang mengurus perkerjaan dari kamu. Kalau kamu berbantah-bantah tentang sesuatu (perkara) hendaklah kamu kembalikan kepada Allah dan rasulNya, jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian. Demikian itu lebih baik dan sebaik-baik jalan”

Dato’ Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah .

Wednesday, January 21, 2009

Israel Laknatullah

Alhamdulillah TE rasa amat bersyukur dengan gencatan senjata yang dicapai.
Sesungguhnya kemenangan sentiasa berpihak kepada orang yang benar.
Israel Laknatullah tidak akan berjaya menggugat semangat saudara-saudara kita disana.
Percayalah apa yang berlaku itu bukan perancangan mereka. Ianya adalah perancangan Allah yang maha besar. Sesungguhnya Allah tidak pernah zalim kepada hambanya dan Allah hanya menduga apa yang termampu oleh hambanya.

Cuba bayangkan binatang jenis apakah mereka ini. Sedangkan binatang pun mempunyai perasaan dan belas kasihan. Betapa bodohnya, bongkangnya, angkuhnya manusia yang bernama Israel ini. Memang sejak dari dulu lagi. Merekalah pembunuh para nabi dan ambiak. Merekalah yang dari dulu angkuh dan bongkak pada Allah

Masuk akalkah agaknya untuk bangsa laknatullah ini setelah merampas tanah kepunyaan mereka kemudiannya
1. Menjadikan Gaza itu penjara terbesar
2. Tidak membenarkan yang dijajah mempertahankan diri
3. Mendakwa Palesite yang dijajah itu pengganas
4. Menidakkan hak pemerintah Hamas yang dipilih secara demokrasi
5. Menutup semua sempadan dan tidak membenarkan sebarang kemasukan makanan dan ubatan
6. Mengebom Hospital dan bangunan PBB dan mendakwa tidak disengajakan sedangkan mereka mempunyai system pertahanan yang canggih.
7. Membunuh kanak-kanak dengan sengaja


Cuba kita bayangkan apa yang kita akan lakukan sekiranya kita berada di dalam keadaan mereka
. Tidak kah kita hendakkan senjata untuk mempertahankan diri? Tidakkah kita perlukan membuat apa saja untuk mendapatkan makanan?

Betapa bodohnya negara Islam yang masih lagi mengharapkan US laknatullah untuk membela mereka. Sesungguhnya hinalah mereka yang bergantung kepada orang kafir sebagai pembantu-pembantu mereka. Sesungguhnya itulah penyebab kepada bala yang ditimpakan oleh Allah. Bodoh bahalul dan tolollah mereka yang menyangka US itu akan membantu. Butakah mereka? Bisukah mereka? Pekakkah mereka? Tidakkah mereka melihat bahawasanya tidak ada satupun yang dilakukan oleh US itu perlu diberikan kredit.
Betapa bodohnya bangsa Arab Islam yang terus berbalah tanpa menggunakan senjata yang ada. Allah menggurniakan nikmat minyak yang tidak terhingga. Namun kebodohon mengatasi segala-galanya. Laknatlah ketua negara Mesir yang bersekongkol dan tanpa belas menutup sempadan dan melihat sahaja Israel laknatullah membunuh saudara mereka dengan menggunakan minyak dan gas yang mereka sendiri bekalkan.

Lantas apa lagi yang boleh kita bantu.?
Tidak bolehkah kita menginfakkan sedikit nikmat wang yang dipinjamkan oleh Allah kepada mereka. Apa kata sebelum kita membelanjakan wang gaji kita setiap bulan, kita dermakan dahulu kepada mereka. Sesunggunya menginfakkan harta itu tidak mengurangkan sedikit dari harta, bahkan sebaliknya. Allah akan menggantikan dan menggandakan apa yang kita berikan.

Atau susah benarkah kita untuk menjadi sedikit perihatin dan memastikan apa yang kita beli tidak menyumbang kepada Israel laknatullah. Apa yang anda akan lakukan sekiranya ada seseorang membawa tabung yang tertulis "sumbangan kepada Israel"? Adakah anda akan menderma. Fikirkan....anda telah melakukannya setiap kali anda membeli barangang laknatullah-laknatullah ini. Matikah sekiranya kita tidak ke McDonald, KFC, Starbuck, Tesco?

Cualah cari kerja lain yang tidak ada sangkut pautnya dengan mereka secara langsung. Matikah kalau kita cuba mencari kerja lain?. Takutkah kita dengan kemungkinan kita tidak mendapat kerja? Siapakah yang memberikan rezeki? Mengapa takut bila apa yang kita lakukan hanyalah melakukan perkara yang benar? Agaknya zalimkah Allah pada kita bila kita cuba melakukan perkara benar? Tidak yakinkah pada Allah? Takutkah?

Ya memang senang bercakap dari melakukan. Tapi marilah kita sama-sama mencuba.
Bukan hanya berfikiran negative dengan menyatakan mereka ini terlalu besar dan tidak boleh goyah. Allah hanya perlu menghantar api, air, angin, sedikit kepanasan, kesejukan dan gegaran bumi untuk menghancurkan mereka. Atau Allah boleh memporak perandakan ekonomi mereka yang dulunya gah dan kuat..dengan sekelip mata. Fikirkan.

Sekurang-kurangnya marilah kita memanggil mereka Israel Laknatullah setiap kali kita menyebutnya.

Marilah kita bersama-sama bersatu untuk membantu saudara kita yang berada dibumi yang ketiga mulia dan kiblat pertama umat Islam. Berjihadlah kita dari jauh.
Janganlah kita berhenti dan jangalah kita takut. Sesungguhnya cukuplah Allah pembantu kita. Allah sentiasa bersama kita dan saudara kita. Dan hampirnya Allah adalah lebih dekat dari urat marikh kita sendiri.Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kemenangan kepada kita. Yakinlah apa yang berlaku ini adalah rancangan Allah. Sesunggunya Allah semangkin menghampirkan kita kepada kemenangan tersebut. Sesungguhnya janji Allah itu sentiasa benar.

Monday, December 8, 2008

Mentality kelas ke tiga dan pelakon asing

Baru-baru ini telah berlangsung dengan jayanya majlis pemberian gelaran datuk kepada seorang pelakon asing . Maka berhempas pulaslah mereka yang terlibat mengadakan acara khas untuk orang asing itu kerana dia tidak dapat hadir di majlis khas terdahulu. Ialah, dia ni tahap kedudukan dewa-dewa agaknya dibandingkan dengan penerima gelaran yang lain. Maka ketua tertinggi negeripun terpaksa mengikut jadual dia. Bukan calang-calang orang tu. Orang melayu / Malaysia pun kena dengar pemerintah negeri/Negara. Tapi sebab dia ni tahap dewa, maka orang besar-besar pun kenalah mencemar kedudukan mengikutnya. Maka diusunglah dia keliling kampung menaiki beca dan sampan mudik ke hulu.

TE sebenarnya gelihati sehingga berguling-guling memikirkan apa dilakukan oleh sebahagian dari kita untuk mendewa-dewakan manusia yang TE tak nampak langsung sumbangannya kepada Negara. Agaknya besar benarlah jumlah yang kita dapat hasil dari beberapa babak yang dilakukan oleh pelakon tersebut di Malaysia. Mungkin beratus billion agaknya.

Cuma yang TE nampak betapa banyaknya duit yang dibazirkan untuk mengadakan majlis menyampaian Datuk yang terpaksa dilakukan khas untuk pelakon asing tersebut. Agaknya duit siapakah yang dibelanjakan ? Adakah ianya duit rakyat yang dikutip melalui cukai? Apapun TE rasa tak “tercapai” dek akal memikirkan betapa lemah dan ceteknya pemikiran mereka yang sanggup melakukan semua ini untuk orang asing yang sumbangannya tidak langsung di iakan oleh orang kebanyakan kecuali beberapa orang dan beberapa orang yang terpaksa. Inilah sebenarnya mentality kelas ketiga yang masih lagi dapat kita lihat. Yang mengerikan, ianya datang dari ketua-ketua negeri dan pemimpin. Itulah sebenarnya persoalannya pokok.

Rasanya lebih berfaedah kalau diberikan duit tu untuk orang-orang susah ataupun mangsa-mangsa tanah runtuh di bukit antara bangsa.

Itu memang sikap kita. Kita lebih suka membanggakan orang asing dari orang Negara kita sendiri. Biasanya orang-orang dari Negara kita sendiri kena tunggu mati dulu baru dapat pangkat Datuk dan sebagainya.

TE sendiri sebenarnya memang tidak pernah suka kepada filem filem hindi. Pada TE filem-filem hindi ni tak pernah mengembangkan minda. Ianya filem-filem yang tidak memberikan faedah dan membuang masa. Elok lagi tengok cerita P. Ramlee yang lama yang sarat dengan pengajaran dari melihat filem lalai macamtu.

Walau apa-apa pun fikirkanlah! Biarkanlah mereka dengan tahap pemikiran kelas ketiga sebegitu. Kita ambillah iktibar dan janganlah menganiaya diri kita sendiri dengan ditertawakan oleh orang lain…dan bangsa lain.

Kita perlu ramai lagi mereka yang mempunyai pemikiran seperti Raja Dr Nazrin dan Sultan Azlan Shah.

Thursday, November 6, 2008

Pengurus, Pekerja dan Amanah

TE baru aje habis berbual dengan kawan TE. Masa bercerita tu terkeluar cerita tentang kawan dia nak berhenti kerja dan telah memeberikan surat berhenti kerja. Yang sedihnya pengurus dia kemudian memangggil dia dan meluahkan ketidakpuasan hatinya kerana pekerja dia nak berhenti kerja. Macam-macam perkara keluar. Hinggakan pengurus tu menyatakan yang si pekerja ni tidak mengenang budilah, menikam dari belakang dan berbagai-bagai lagi. Semuanya kerana pekerja ini baru saja mendapat certification yang dibiayai oleh syarikat tersebut. Tu rupanya punca pengurus tu tak puas hati.

Sebenarnya sebagai pengurus, TE sendiri mempunyai princip yang amat berbeza. TE rasa kita ini di amanahkan oleh Allah untuk membentuk orang-orang yang berada dibawah tanggung jawap kita. Kerja kita ialah untuk memastikan mereka menjadi pekerja yang baik, mendapat skill dan pengetahuan yang baik, malahan menjadi orang yang lebih baik dari kita sendiri. Ini tidak ada bezanya dengan tugas seorang guru yang mendidik dan memastikan anak murid menjadi orang yang berguna.

Pengurus sebenarnya tidak boleh sekali-kali menyekat pekerja mereka dari mencari kerja lain. Malahan kita tidak berhak untuk menyekat mereka dari memilih kerja yang lebih bagus dari yang mereka ada sekarang. Siapa kita untuk menyekat peluang mereka menjadi orang yang lebih baik atau mendapat peluang yang lebih baik? Kita mungkin berhadapan dengan masalah bila mereka berhenti kerja. Tetapi kita patut bersama mereka membuat keputusan yang baik bagi mereka. Kemudian kita cari orang lain yang boleh membantu kita melaksanakan tanggung jawap yang ditinggalkan. Kita juga hanya boleh memberikan pendapat ikhlas sekiranya peluang yang baru itu memang terang-terang tidak baik bagi mereka. Kita juga boleh melihat sekiranya ada peluang lain yang lebih baik di dalam syarikat untuk kita mengekalkan mereka sambil memberikan peluang yang lebih baik yang mereka mahu.

Pada TE tidak wajar pengurus tersebut memberikan komentar yang sebegitu. Rasanya itu mencerminkan keperibadian yang tidak baik bagi pihak pengurus sendiri dan juga pengurusan syarikat. Sebenarnya pihak pengurus perlu ada policy dan guideline yang baik untuk menangani perkara seperti ini. Satu cara ialah dengan membuat perjanjian sebelum pekerja tersebut dibiyayai untuk mendapat certification tersebut. Pengurusan syarikat bolehlah menyatakan jumlah yang perlu dibiyayai dan meminta pekerja terus bekerja dengan pihak syarikat untuk satu tempoh masa tertentu bagi “memulangkan” apa yang telah diberi oleh pihak syarikat. Pekerja juga sepatutnya deberikan pilihan untuk membayar jumlah yang telah diberikan sekiranya mahu berhenti lebih awal.

InsyaAllah dengan niat yang betul, Tuhan akan memudahkan kerja seharian kita.

Wednesday, October 22, 2008

Halal

Pagi tadi IKIM membuka topik berkenaan dengan perlukah hotel 5 bintang di Malaysia mendapatkan taraf halal bagi premise mereka. TE saja-saja mendail ke radio IKIM dan secara kebetulan dapat pulak TE ke udara. Maka TE pun memberikan komen berikut.

Sebenarnya pada pandangan TE mungkin agak payah untuk restoran bertaraf lima bintang di Malaysia untuk mendapatkan status halal. Terutamanya kita tahu restoran seperti ini selalunya ada menghidangkan minuman keras untuk penginapnya. Lantas agak mustahil bagi mereka untuk memenuhi syarat-syarat bagi mendapatkan sijil halal.

Pada TE itu bukanlah persoalan utama. TE sokong dan TE rasa memang itu perlu. Tetapi pesoalan yang lebih pokok ialah Muslim sendiri perlu memahami apa itu halal dan apa itu haram. Rata-rate TE rasa kita sekarang ini terlalu ambil sambil lewa dalam memelihara status halal. Contohnya

1. Kita masih mengaggap semua restoran India adalah restoran India muslim. Rata-rata ini tidak benar. Ada separuh yang terang-terang tidak mempunyai sebarang tulisan yang memberikan tanda ianya adalah restoran Islam. Ada sebahagiannya yang hanya mengaburi mata kita dengan meletak beberapa gambar Taj Mahal . Tetapi orang Islam selalunya ambil remeh dan masih makan dan minum tanpa memikirkan langsung status tersebut. Malahan sebahagian restoran yang meletakkan tulisan-tulisan berunsur Islam, bila kita periksa pekerjanya, boleh dikatakan keseluruhannya beragama Hindu dan datang dari India.

2. Ada juga restoran yang dimiliki orang China yang tidak mempunyai statu halal tanpa sebarang logo halal hanya meletakkan beberapa pekerja Indonesia bertudung sebagai "umpan halal". Hasilnya kita lihat ramai orang Islam yang mengujungi restoran seperti ini. Kadan-kadang mereka hanya meletakkan tanda No pork dan All welcome. Hasilnya, ramai yang mengunjungi tanpa segan silu.

3. Restoran contemparari dan kedai kopi - kedai kopi moden yang tumbuh bagai cendawan selalunya tidak mempunyai tanda halal. Malahan kebanyakan makanannya dimasak menggunakan wine. Ramai orang Islam yang trendy dan stailish memasuki restoran seperti ini tanpa langsung berfikir dua kali.

4. Kita menganggap Halal itu ialah disembelih secara halal. Walhal ianya merangkumi lebih dari itu. Lantas bila kita lihat ada sijil penyembelihan halal, kita rasa ianya sudah cukup. Beberapa ramai dari kita yang mengunjungi restoran yang hanya mempamirkan sijir sembelihan halal seperti yang terdapat di Ampang park contohnya. Sebenarnya halal juga perlu di lihat pada perencahnya, cara penyediaannya dan juga bahan-bahan lainnya .

TE rasa sudah tiba rasaya kita perlu berhati-hati bila memilih makanan. Makanan menjadi darah dan daging kita. Kita perlu memastikan tidak ada sumber haram yang merecap dan menjadi darah dan daging kita.

Mudah-mudahan kita sama-sama beringat.